Thursday, April 11, 2013




DAP didakwa terlibat dalam perancangan bersama rakan parti pembangkang dan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) menimbulkan huru hara pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, beberapa bukti perancangan strategi Pembangkang yang akan mengganggu kelancaran pilihan raya dengan menjejaskan integriti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada hari mengundi.

"Kami telah menerima maklumat gangguan tertentu dan dokumen berkaitan yang menunjukkan terdapat rancangan jahat pihak tertentu pada hari mengundi PRU13 yang akan datang.

"Maklumat dan dokumen ini mendedahkan suatu strategi licik untuk mengganggu PRU13 dengan mencetuskan kekacauan dan akibatnya merosakkan imej SPR untuk melemahkan keyakinan umum terhadap integriti proses pengundian demokrasi kita," katanya pada satu sidang akhbar di Hotel Eastin disini hari ini.

Beliau turut menegaskan, PKR telah berkerjasama dengan Bersih telah berkerja keras melatih orang merereka untuk mengganggu proses pengundian pada PRU KE-13 nanti.

"Kami mendapati telah menjalankan sesi latihan ejen pengundian oleh pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Tindak Malaysia.

"Tindak Malaysia juga mengaku berkerjasama dengan Bersih, Bersih Yang diketahui ramai mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat," ujarnya.

Sebelum ini, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) mendedahkan satu satu surat pekeliling Pilihan Raya Pembangkang mengandungi saranan yang mencipta suasana kacau bilau di pusat mengundi dan lain-lain tempat serta tuduhan penipuan proses pilihan raya.




sumber : KLPOS



Dalam artikel sebelum ini, telah diperjelaskan gabungan DAP dan PKR mahu cetuskan ketegangan sewaktu hari pengundian, seterusnya menjadikan PRU-13 ini medan paling kecoh dan kotor dalam sejarah Malaysia. Klik ANWAR SIAL.





Rakyat perlu berfikir secara rasional dan logik ...

Mengapa TIDAK ADA satu pun parti-parti pembangkang yang mahu menandatangani DEKLARASI BERSAMA pada 13 April lalu bahawa mana-mana parti politik TIDAK AKAN TERBABIT dalam sebarang tindakan mengganggu gugat proses pengundian.

Hanya parti-parti bernaung di bawah Barisan Nasional yang SANGGUP menandatangani DEKLARASI BERSAMA.

Persoalan ini SUDAH TERJAWAB ...





0 comments: