Friday, April 19, 2013


KOTA KINABALU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mengakui berlaku pertelagahan serius dalam pakatan pembangkang yang boleh menjejaskan peluang mereka untuk menjadikan Sabah 'negeri di barisan hadapan'.

"Kami tidak menjangkakan bahawa perbalahan antara parti termasuk PKR, PAS dan DAP berlaku begitu sengit sehingga menjejaskan peluang pembangkang untuk menawan kerusi negeri.

"Sekiranya SAPP tahu lebih awal bahawa perpecahan dalam pakatan boleh melumpuhkan, kami sudah pasti membuat persediaan untuk bertanding lebih banyak kerusi dewan undangan negeri (DUN)," kata Yong semasa mengumumkan senarai calon parti itu yang bertanding pilihan raya umum ke-13 5 Mei ini, Khamis.

Yong akan bertanding di DUN Likas kali ini, menggantikan Datuk Liew Teck Chan, yang memenangi kerusi itu pada PRU 2008. Likas ialah antara kerusi yang mencatatkan jumlah undi keseluruhan pembangkang yang besar pada PRU12 selain DUN Inanam, Likas, Kapayan, Luyang dan Bingkor.

Yong mengaitkan pertelegahan pembangkang ini dalam isu Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang mahu bertanding 48 kerusi negeri dan 15 kerusi parlimen.

Jeffrey sendiri dijangka berdepan dengan abangnya Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan untuk kerusi Parlimen Keningau.

Pada pertarungan pertama dua beradik itu pada 2008, Pairin menang kerusi Keningau dengan 4,264 majoriti dalam perlawanan tiga penjuru.

PKR pula dijangka meletakkan calon di 43 kerusi negeri dan 19 parlimen dan SAPP pula dijangka mencuba nasib di 41 kerusi negeri dan lapan kawasan parlimen.

SAPP dan Star sebelum ini diwar-warkan akan bekerjasama dengan blok pembangkang yang berpusat di Semenanjung, namun menemui jalan buntu susulan kegagalan perundingan pembahagian kerusi dalam kalangan mereka.

sumber : MSTAR ONLINE



Dua hari yang lepas, GWM mengeluarkan artikel dibawah ini, hasil dari maklumat yang diberikan sumber dalaman PKR ... 


Pakatan Rakyat Sabah MASIH GAGAL MENGEMUKAKAN SENARAI CALON. Anwar masih MAIN TARIK TALI dengan parti STAR dan SAPP. Klik DI SINI.



Pakatan Rakyat Sabah SEMAKIN LUMPUH ...





1 comments:

Anonymous said...

dari dulu lagi kami sudah tidak percaya pada pkr. BN pilihan kami.