Friday, April 19, 2013


Menyedari yang pemimpin tertinggi tidak akan melayan sebarang ‘cabaran debat’ yang membuang masa, maka, ia dijadikan modal politik yang digemari PR apabila ketandusan isu atau ingin mengalih perhatian. Setiap kali KANTOL, maka akan adalah cabaran debat yang dibuat oleh Anwar Ibrahim terhadap Perdana Menteri.

Terbaru Anwar mencabar lagi, kali ini melalui Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 11 April lalu yang mempelawa Anwar dan Najib untuk membentangkan manifesto masing-masing dalam program debat yang berlangsung 8.45 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor.

Anwar menyatakan persetujuannya untuk hadir tetapi Dato’ Seri Najib telah mengabaikan sahaja jemputan itu, seperti sewajarnya dan seperti yang dijangka.

Kita tahu bahawa BERSIH adalah rangkaian Anwar sendiri dan tentunya jemputan dibuat atas dasar berat sebelah. Namun, itu bukan soal utama untuk Dato’ Seri Najib mengabaikan cabaran tersebut.

Apa yang lebih penting ialah debat tersebut tidak akan membawa apa-apa signifikan apabila kedua-dua manifesto boleh dibentangkan dan dicapai oleh segenap rakyat Malaysia melalui media. Rakyat boleh menilai malah mengkaji dan menganalisis sendiri setiap butiran tanpa perlu menonton Anwar berdrama di atas pentas menonjolkan kepetahannya bercakap sedangkan kita cukup tahu yang beliaulah yang hampir membangkrapkan negara pada tahun 1997/98 dahulu.

Justeru, sikap pembangkang memperlekehkan Dato’ Seri Najib kerana tidak menyahut cabaran itu adalah tidak lebih dari tukang sorak yang mempunyai masa ‘lebih’ untuk dibuang begitu saja.


Walaupun Anwar begitu angkuh mencabar Dato’ Najib, kita merasa pelik kerana beliau TIDAK BERANI menyahut cabaran orang yang lebih ‘kecil’, iaitu Dr. Mazlan yang merupakan ‘lawannya’ di Permatang Pauh dalam PRU-13 ini. Kita boleh merujuk perkembangan perkara ini di dalam twitter Dr. MAZA.

Dr Mazlan Ismail adalah Pegawai Memerintah, Semboyan Pakar Diraja Telekom(AW) dengan Pangkat Leftenan Kolonel. Semboyan Pakar Diraja Telekom dianggotai oleh 1000 anggota Telekom Malaysia yang bertanggungjawab terhadap Rangkaian Telekomunikasi Negara sewaktu kecemasan.


Dr. Mazlan merupakan antara anak kebanggaan Permatang Pauh kerana pencapaian cemerlangnya. Beliau memiliki ijazah dalam bidang Elektronik komunikasi dari Universiti Salford, UK. Juga mempunyai Masters dalam Operational Telecom dari Universiti Coventry, UK serta PHD Kejuruteraan dari UTM atas biasiswa TM yang mana membuktikan yang beliau sememangnya seorang yang bijak. Berkhidmat dengan TM sejak 1983 dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar.

Berdasarkan latarbelakang Dr. Mazlan yang cukup memberangsangkan, maka tidak hairanlah Anwar Ibrahim menolak untuk berdebat dengan beliau. Alasan Anwar menolak cabaran ini adalah kerana menganggap isu-isu Permatang Pauh adalah tidak signifikan. Sekali gus, menunjukkan betapa Anwar memandang rendah akan masalah rakyat di kawasannya sendiri.

Nampaknya, bagi Anwar, rakyat Permatang Pauh hanya perlu mengundinya untuk menjadi Perdana Menteri tetapi jangan sekali-kali mengharapkan beliau menjadi ‘wakil’ kepada mereka.

Mungkin, Anwar melihat tugas wakil rakyat terlalu rendah bagi dirinya yang duduk sebaris dengan Mandela, Ghandi atau Suu Kyii.


Anwar tidak sedar bahawa jika kawasan sendiri juga tidak mampu dijaga, bagaimana kita boleh mengharapkan beliau menjaga seluruh negara?

Kita tahu, bahawa Anwar sebenarnya pengecut dan beliau hanya berani mencabar Dato’ Seri Najib kerana seorang Perdana Menteri pasti tiada masa untuk melayan karenahnya.

Sedangkan, buat masa ini, lawan Anwar adalah Dr. Mazlan, bukan Dato’ Seri Najib kerana Anwar perlu terlebih dahulu melepasi ‘halangan’ Permatang Pauh dan menjuarai isu kawasan tersebut, sebelum bercakap tentang isu negara.

Ini kerana, jangankan isu negara, isu-isu negeri Pakatan Rakyat juga Anwar jelas tidak punya kawalan langsung. Malah, untuk membahagikan kerusi juga Anwar tidak ada kuasa yang jelas. Di sana-sini ada saja ‘pemberontakan’ dalaman yang menentang pilihannya. Justeru, apakah layak Anwar mencabar seorang Perdana Menteri untuk berdebat tentang Manifesto Pilihanraya?

Kita tahu bahawa Anwar Ibrahim memang petah bercakap, dan Dato’ Seri Najib pula bukan jenis yang bercakap banyak. Sepatutnya, perbezaan karektor ini sahaja sudah cukup untuk membantu rakyat Malaysia membuat pilihan.


Bukan kita tidak tahu bahawa orang yang terlalu petah bercakap akan sering tersilap cakap kerana tidak sempat berfikir. Orang yang terlalu petah bercakap juga sering dikaitkan dengan sikap tidak boleh dipercayai. Apatah lagi yang suka bercakap besar, tidak pernah mengaku salah dan tidak mungkin meminta maaf, iaitu sifat-sifat negatif yang wajib ditentang.

Yang kurang bercakap pula seringkali merupakan seorang yang bijak kerana lebih banyak mendengar dan berfikir. Sifat ini menjadikan mereka seorang yang rendah diri dan oleh kerana itu, lebih dipercayai.

Justeru, tindakan PR memperlekeh Dato’ Seri Najib kerana enggan melayan cabaran debat Anwar adalah tindakan bijak. Melayan orang yang hanya tahu bercakap tetapi telah terbukti gagal dan penuh skandal seperti Anwar, pastinya hanya membuang masa. 



26 comments:

Anonymous said...

Anwar memang bacul
Anwar kaki sondol
Anwar kote bengkok

Teori ekonomi pun tak reti macamana nak debat

Kote sendiri pun tak reti nak jaga....

Anonymous said...

jawatan terakhir bukan Pengurus besar di telekom tapi vice president. Aku keja di tm aku tau ler....wassalam

MELAYUJATI said...

Vice President tu bukan berkuasa eksekutif lagi bukan dalam lembaga pengarah jadi tak perlu diambil kira...eh betulke aku cakap ni....aku bukan pandai pun tapi buat2 pandai ha ha maafkan aku....aku rasa pandai tapi aku tak pandai rupanya.....

Anonymous said...

Debat dgn manusia munafik, hipokrit, pengkhianat, gila sex dan penipu ini hanya membuang masa DS Najib saja.. dia dah tewas sebenarnya.. rakyat Permatang Pauh tak sabar nak kuburkan manusia keji ini!!
Malang sungguh Malaysia yg permai mempunyai spesis perosak seperti ini!!

Anonymous said...

Adoi sedapnya berkata2...Mazlan ni siapa sedangkan Najib pun masuk dalam selimut takutkan DSAI apatah lagi dengan Mazlan ni...ptuih ! Senang cerita aku rasa pemilik blog ni konek dia pendek la...kami orang PR semua konek panjang-panjang belaka ...calooo!

Anonymous said...

rakyat perlukan pemimpin yang lebih bekerja dan berusaha untuk agama, bangsa dan negara. guna akal fikiran sebelum menjayakan sesuatu bukan asyik nak berceramah dan cari kesalahan orang lain sedangkan diri serba kekurangan.tak payah layan dan membuang masa dengan manusia yang hanya pentingkan diri dan keluarga sendiri.pengkhianat agama, bangsa dan negara. doakan agar pemimpin kita sihat untuk rakyat

Anonymous said...

ano 8.13 ni puak rosak memang spesis anu war.jenis perasan hebat, tengok muka tak ada seri. ingat anu war nak jaga kau orang, sendiri pun tunggang langgang. Anu war hanya cari harta untuk diri dan keluarganya, awak-awak bengong jadi pencacai gantung bendera, tukang sorak, tukang perosak negara

Anonymous said...

ekekekekkeek....

biorrr la bro.... bdak2 pkr tuu..

bdak2 kecikk lg tuu...tgh terfana dgn nuarr....

kita yg dah tetua ni da cukup kenaii dgn peliwat negara tuu...

ekekekkekek....

Anonymous said...

kAMI mENDOAKAN kEMENANGAN Dr.

Anonymous said...

May Permatang Pauh be the political grave for Anwar Ibrahim...he has been cheating the nation far too long, too much!!

Anonymous said...

'Saya mesti menang kerana kalau saya kalah, BN pun kalah siapa nak jadi PM? Takkan Hj Hadi cakap orang putih pun tak reti. Takkan nak bagi kat cina! Itu pasai orang Permatang Pauh mestu undi saya.' Itulah kempen desperado Anwar beberapa hari sebelum 5 may nanti. He...he...he... Tolong bagitau Dr Mazlan & Petugas BN dsana. P/s Anom 8.13 tu mesti dah rasa konek Anwar!!!

Anonymous said...

Manusia yg selalu menipu.ckp kosong.cuma pndai bercakap.memang tepat njib tak layn brdebat ngan nuar.tak ada faedah. Cuba tngok youtube pasal kg buah pale.apa anwar ckp.

Anonymous said...

Assalamualaikum....saya ialah org yang sayangkan Pas dan UMNO...namun, Dr Mazlan tolong perbetulkan niat bukan untuk tumbangkan anwar, tetapi untuk membantu rakyat, menjadi ikon yang bersih dan idola rakyat. supaya refleks kepada anda menjadi lebih positif.

Unknown said...

mazlan ismail

hebat juga nafsu calun parachute BN ni..... mengaku pemimpin PAS tapi belot kerana apa?

mazlan tinggalkan PAS mesti bersebab, PAS tu lebih teruk dari UMNO kah? atau bersekongkol dgn UMNO ada habuan besar kah?

kalau mazlan sanggup bersekongkol dgn kemunkaran umno yg selama ini bertindak keji & ganas kpd tokoh2 pembangkang.... apakah niat sebenar mazlan tinggal politik Islam dgn berseubahat denga parti asobiah sekular UMNO?

aku masih ragu2 perjuangan yg hak umno .... apakah benar2 umno untuk orang melayu atau sekadar nak covers rompakan khazanah rakyat oleh elit UMNO!

Anonymous said...

saya pilih PR kerana yakin mampu membuat perubahan yang substantial dan impak besar kepada rakyat seperti isu ;

 pertumbuhan dan agihan ekonomi yang lebih saksama,

 amalan perolehan & kontrak kerajaan yang terbuka dan telus,

 pembaharuan struktur perkhidmatan awam yang lebih profesional & patriotik bukan dimonopoli oleh segelintir pegawai PTD yang mengampu orang politik,

 pembaharuan badan akauntabiliti negara dgn meletakan Jabatan Audit Negara, SPRM, dan Biro Pengaduan Awam dibawah kuasa Parlimen seperti PAC.

 pengasingan kuasa bagi badan kehakiman dan badan peundangan yang sewajarnya tidak dibawah kuasa pentadbiran PM/ Jemaah Menteri.

 menstruktur semula tugas agensi2 yang menangani krisis sosial dan keselamatan negara seperti agensi dadah, pdrm, atm, dll.

 mempertingkat mutu perkhidmatan pendidikan, kesihatan, kebajikan, kesejasteraan dan perpaduan rakyat.

 membetulkan tadbir urus korporat & harta2 syarikat konsesi, glc, petronas, proton, mas, syraikat2 bas rapidkl, dll

 mengekalkan reputasi yang paling fundamental adalah "gaya kepimpinan demokratik lagi dinamik" yang prihatin dan mesra rakyat!

pru13____ undi tetap PAS/PR!

Anonymous said...

Eee...butanye anon 12:35 nii...buta mata. buta hati. pekak telinga..buta tuli..

Anonymous said...

I support u...may Allah give victory to u..amin.

Anonymous said...

Malaysia banyak hasil bumi, Selangor negeri yang kaya tapi sampai sekarang hospital Shah Alam tak siap-siap. Sebab apa saya tak tau. PKNS sibuk nak buat rumah je sebab untung lagi banyak dan hanya bina hospital swasta je di Shah Alam

Anonymous said...

Wonderful web site. Plenty of useful info here. I am sending it to several
friends ans also sharing in delicious. And of course, thanks for
your effort!

My site; red bottom shoes

Anonymous said...

Thank you for each of your efforts on this site.
Ellie take interest in doing investigations and it's simple to grasp why. We all hear all about the powerful mode you present sensible tips and tricks via this blog and even invigorate participation from people on this point while our girl is really learning so much. Have fun with the remaining portion of the year. You have been doing a pretty cool job.

My web site authentic retro jordans

Anonymous said...

I have been surfing online more than three hours today, yet
I never found any interesting article like yours. It is
pretty worth enough for me. In my opinion, if all site owners and bloggers made good content as you
did, the web will be a lot more useful than ever before.


Here is my web blog michael kors uk

Anonymous said...

Hey there I am so delighted I found your webpage,
I really found you by accident, while I was looking on Digg
for something else, Regardless I am here now and would just like to say
thanks a lot for a remarkable post and a all round
exciting blog (I also love the theme/design), I don�t have
time to look over it all at the minute but I have saved it and also added in
your RSS feeds, so when I have time I will be back to read more, Please do keep up the awesome job.


my web blog: kobe bryant shoes

Anonymous said...

Thank you a bunch for sharing this with all folks you really recognise what you
are talking approximately! Bookmarked. Please additionally talk over with my site =).
We will have a link alternate agreement among us!


Feel free to surf to my website :: air jordan 11 retro

Anonymous said...

What i don't understood is actually how you are not actually much more neatly-preferred than you may be right now. You're very intelligent.

You know therefore considerably in the case of this subject, produced me
for my part imagine it from a lot of various angles.
Its like women and men are not fascinated except it is something to accomplish with Girl gaga!
Your own stuffs nice. Always handle it up!


My web blog

Anonymous said...

Sweet blog! I found it while browsing on Yahoo News.
Do you have any suggestions on how to get listed in Yahoo
News? I've been trying for a while but I never seem to get there! Many thanks

Also visit my web-site ...

Anonymous said...

My partner and I stumbled over here from a different page and thought I
may as well check things out. I like what I see so now i'm following you. Look forward to going over your web page yet again.

My website ::