Wednesday, July 11, 2012


PUCHONG, 11 Julai - Polis sedang menyiasat blog dan akaun Facebook milik suspek, Khalil Afandi Abd Hamid, yang mati selepas terkena tembakan dalam kejadian serangan di perkarangan Pejabat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ia bagi menentukan sama ada wujud pengikut atau rangkaian kumpulan yang berkemungkinan dianggotai suspek. "Kita serius dengan kejadian ini. Kita akan siasat adakah suspek mempunyai ketua yang memberikan arahan," katanya di sini, hari ini.

Beliau turut memberitahu polis turut melakukan siasatan terhadap mereka yang mempunyai hubungan dengan blog dan akaun facebook suspek, Khalil Afandi Abd Hamid.

sumber : KLPOS





Syabas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar kerana bertindak pantas untuk mencari hubungkait mereka yang terlibat dengan kejadian amuk ini.



0 comments: