Friday, May 4, 2012





PETALING JAYA, 4 Mei 2012 - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menolak sebarang kemungkinan untuk membuat laporan polis berhubung isu penyebaran gambar aksi seks lelaki mirip ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita sewaktu sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) malah menyifatkan laporan polis hanya membuang masa dan tidak akan memberikan sebarang keputusan yang positif.

"Kita pernah berhadapan dengan isu ini (video seks) dalam kes Datuk Seri Anwar.

"Laporan polis telah dilakukan namun siasatan tidak tertumpu kepada pengedar dan kepada mereka yang mengeluarkan video ini dalam blog, sebaliknya Datuk Seri Anwar yang disiasat," kata Shamsul Iskandar.

Beliau turut menegaskan perkara yang sama bakal terjadi kepada Azmin jika laporan polis dilakukan kerana mendakwa pihak polis tidak pernah memberikan kerjasama terhadap PKR.

Sebelum itu, pada sidang media yang sama, Pengerusi PKR Negeri Sembilan Dato' Kamarul Baharin Abbas menegaskan polis mahupun pejabat agama perlu melakukan siasatan terhadap mereka yang mengeluarkan gambar aksi seks lelaki mirip ahli Parlimen Gombak itu.


Sambungan artikel, klik KLPOS



GWM bukanlah seorang yang mahir dalam bidang undang-undang. Namun kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua AMK ini sudah cukup membuktikan beliau adalah pengamal undang-undang yang tidak mahir ... Loyar Buruk.

Contradiction ... atau sememangnya kelam kabut.

1) Shamsul Iskandar Mohd Akin menolak sebarang kemungkinan untuk membuat laporan polis berhubung isu penyebaran gambar aksi seks lelaki mirip ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.

2) Sebelum itu, pada sidang media yang sama, Pengerusi PKR Negeri Sembilan Dato' Kamarul Baharin Abbas menegaskan polis mahupun pejabat agama perlu melakukan siasatan terhadap mereka yang mengeluarkan gambar aksi seks lelaki mirip ahli Parlimen Gombak itu.



Bagaimana mahu mengarahkan pihak polis menjalankan siasatan ke atas isu gambar seks Azmin Ali jika sekiranya Ketua AMK ini sudah cukup jelas tidak mahu membuat laporan polis.

Situasi yang sama juga berlaku kepada isu rakaman video tersembunyi Khalid Ibrahim di atas perut jalang dalam pejabat Menteri Besar Selangor ini.

Khalid Ibrahim awal-awal lagi menolak siasatan ke atas rakaman tersembunyi tersebut, malah tidak pernah membuat sebarang laporan polis.



Ada mana-mana lawyer boleh menjawab bagi pihak pengamal undang-undang seperti Sam Ketot ini ... Bingai.



1 comments:

Anonymous said...

peguam bangang